Vlogger Terkenal China Dibakar Bekas Suami Ketika ‘Live’ Tiktok

Share

 

Tak dapat dibayangkan bagaimana traumanya siapa melihat ‘live’ bintang TikTok dikenali sebagai Lamu dibakar hidup-hidup di rumahnya sendiri. Lamu diserang lelaki terbabit yang dipercayai bekas suaminya sendiri pada 14 September lalu di wilayah pergunungan Aba di barat China ketika sedang menyanyi gembira di TikTok.

 

Menyanyi sebelum terdengar jeritan

Lamu yang berasal dari provinsi Sichuan China mendapat populariti di TikTok China (Douyin) kerana sering berkongsi kehidupan di luar bandar dan lip sync lagu kegemarannya. Bintang media sosial itu dipuji kerana tidak menggunakan alat solek dalam videonya dan sering mendapat berjuta ‘like’. Bintang TikTok tersebut turut mempunyai ribuan pengikut dan sering menjadi bualan netizen.

Pada 14 September lalu, ketika Lamu membuat siaran langsung di TikTok miliknya, dia diserang oleh bekas suaminya sendiri. Menurut laporan, pada hari kejadian wanita itu mempersembahkan sebuah nyanyian dan ucapan kepada pengikutnya sebelum siaran terganggu dan jeritan suaranya didengari ramai.

Dapat bantuan lebih setengah juta

Kejadian ini menjadi bualan hangat di laman media sosial China Weibo di mana lebih daripada 70 juta orang telah menggunakan hashtag namanya. Akaunnya tidak mempunyai sebarang aktiviti selama dua hari sebelum saudara perempuan Lamu, Zhuoma, memberi penjelasan mengenai serangan itu. Zhuoma membuat permohonan yang terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan dan meminta orang ramai untuk membantu menyelamatkan Lamu.

Selepas tragedi itu, kutipan dana dilancarkan untuk membantu keluarga Lamu membiayai kos rawatannya berjumlah sejuta yuan (kira-kira RM612,00) dalam hanya masa satu jam. Kira-kira 60 peratus daripada sumbangan itu digunakan untuk membayar rawatan wanita itu, manakala bakinya disumbangkan semula kepada badan kebajikan.

Dendam bekas suami

Bekas pasangannya didakwa menyerang wanita itu di depan ahli keluarganya. Akibat dibakar, Lamu melecur 90 peratus pada badannya dan koma selama dua minggu sebelum meninggal dunia pada 30 September lalu. Susulan kejadian, polis menahan lelaki itu yang dikenali sebagai Tang atas kesalahan membunuh. Sesetengah laporan menyebut Tang menyerang Lamu selepas wanita itu memulakan proses perceraian kerana dakwaan masalah keganasan rumah tangga.

Walaupun Tang tidak setuju dengan penceraian ini, namun Lamu bertegas untuk bercerai lalu melarikan diri. Lamu kemudian memuat naik video tersebut ke media sosial di mana ribuan orang hadir ke mahkamah tanda sokongan atas penceraiannya. Dia akhirnya mendapat kebenaran bercerai dan hak penjagaan ke atas kedua-dua anaknya.

Sumber : The SunDaily Mail

MENDEBARKAN! Jeritan Minta Tolong Selamatkan Keluarga Ini Dari Disamun [Video]

Leave a Reply