Cemas terkandas di Air Terjun Telaga Tujuh

 

Langkawi: Tujuh pengunjung termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan selepas terkandas di puncak Air Terjun Telaga Tujuh, di sini, akibat arus deras disebabkan hujan lebat, hari ini.

Dalam kejadian 5 petang itu, mereka diselamatkan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.02 petang.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan kecemasan.

“Setiba di lokasi, komander operasi mendapati tujuh mangsa terdiri seorang lelaki dan lima wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki terkandas di puncak air terjun.

“Tindakan menyelamat dilakukan menggunakan tali dan jaket keselamatan bagi membantu mangsa menyeberangi laluan air,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Katanya, kesemua mangsa yang tidak mengalami kecederaan dibawa turun ke kaki bukit- HM

 

Pemuda lemas dihanyut arus deras ketika berkelah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker