VK Liew Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia
Bekas menteri undang-undang di era Pakatan Harapan (PH) Liew Vui Keong meninggal dunia.
Timbalan presiden Warisan Darell Leiking dan anggota parlimen Sandakan Vivian Wong mengesahkan pemergian anggota parlimen Batu Sapi itu kepada Malaysiakini sebentar tadi.
Liew awal minggu ini dimasukkan ke hospital dan dilaporkan koma sebelum ini.
Sementara itu, memetik sumber Warisan, Bernama melaporkan Liew meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat jangkitan paru-paru.
Sumber dilaporkan berkata mendiang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleaneagles, Kota Kinabalu kita-kira 11.50 pagi.
Difahamkan keluarga mendiang belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan.
Mendiang meninggalkan isteri Dr Lindai Lee dan empat anak.
Kalau anda terlepas…
Terbukti Mahathir tak ikhlas berkawan dengan Anwar, kata Yusmadi
Selama hayatnya, mendiang yang lebih dikenali sebagai VK Liew melalui perjalanan politik penuh warna-warni.
Dia pernah memimpin Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), yang menjadi komponen BN ketika itu, sebelum menyertai Warisan.
Mendiang juga pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri bawah pentadbiran bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan Najib Razak pada 2009 hingga 2013.
Dilahirkan pada 18 Januari 1960 di Kota Belud, Liew ditauliahkan sebagai peguam oleh Lincoln’s Inn, London selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti North London pada 1987.
You must be logged in to post a comment.