Lelaki ini tinggalkan komen “NAKAL” pada gambar Dr. Amalina bersama tunangnya, namun isteri lelaki membalas pulak komen win dan padu beliau.
Pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri telah mengumumkan dirinya bertunang dengan jejaka pilihan hati, pada Ogos lepas.Amalina memaklumkan dia teruja membuat persiapan perkahwinan yang akan diadakan di United Kingdom (UK) dan Malaysia.
“Saya teruja merancang dua majlis perkahwinan di UK dan Kuala Lumpur,” katanya sebelum ini.
Baru-baru ini Dr Amalina ada kongsikan gambar bersama tunangnya bersiar-siar naik bot berlatar belakangkan pemandangan tasik yang indah. Gambar itu menarik perhatian orang ramai kerana pemandangannya memang cukup indah dan dihujani dengan banyak komen.
Namun ada satu komen yang mendapat perhatian ramai, apabila individu ini tinggalkan komen yang seakan-akan ‘nakal’. “Gambar full ada tak? Tak puas tgk gmbar tasik“, begitulah komen individu itu yang meraih tanda suka yang banyak.
Tetapi seperti tidak percaya, seorang wanita membals komen tersebut, dipercayai isteri kepada tukang komen nakal itu.”Tasik kat rumah ada, tengok puas-puas esok“, begitulah balas komen wanita tersebut. Oramg ramai mendoakan lelaki itu supaya selamat dan tidak berlaku pertelingkahan antara suami isteri. Ramai juga meninggalkan komen jenaka kepada lelaki itu kerana tidak sangka isterinya boleh balas seperti itu.
Komen Orang Ramai
Dunia rumah tangga penuh dengan warna warni kehidupan. Manis, pahit, masam, kelat merupakan perasa alam rumah tangga. Tanpa perasa ini, dunia rumah tangga akan menjadi hambar dan membosankan.
Kadang-kadang suami isteri boleh bergaduh dan bermasam muka hanya kerana sehelai tisu atau gara-gara tangisan anak yang sangat nyaring. Siapa sebenarnya yang membuang tisu merata-rata? Kenapa tak pandai pujuk anak menangis? Kenapa lambat buka pintu? Kenapa aku sahaja yang buat kerja rumah, sedangkan dia relaks membaca surat khabar? Kenapa dan kenapa…
Persoalan dan keluhan ini biasa bermain-main dalam pemikiran sang isteri atau sang suami. Pernah sepasang suami isteri yang telah lama menjalani alam rumah tangga apabila ditanya oleh seorang wartawan tentang kebarangkalian terlintas dalam hati mereka perasaan ingin bercerai, pasangan suami isteri ini dengan segera menafikan pernah wujud perasaan dan keinginan itu sepanjang perkahwinan mereka.
Kredit: Page KakNab BINI JIRAN
Sumber: AwattSheikhhNetwork
You must be logged in to post a comment.