Segerakan PRU, elak percakaran – Annuar Musa

Ahli majlis tertinggi Umno, Annuar Musa hari ini ada menyentuh tentang opsyen “PRU segera” dalam catatan ringkas di Twitter, di sebalik dakwaan mengatakan parti sekutu dan Barisan Nasional bercakaran.

“Opsyen menyegerakan penyerahan mandat kepada rakyat (PRU) wajar di beri perhatian,” katanya hari ini.

“Parti-parti elok perbanyakkan syura secara tertutup dan elakkan percakaran dalam media. Ini masa pertajam strategi dan kuatkan muafakat.

“PRN Sabah banyak pengajaran,” tambahnya.



Sebelum ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut membayangkan pilihan raya umum mungkin diadakan lebih awal sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang pilihan raya Sabah.

“Di peringkat nasional kita belum putuskan bila mahu adakan pilihan raya… tetapi di Sabah kalau kita sudah menang…kita cepat-cepatlah adakan pilihan raya di peringkat pusat,” katanya.

BN bersama Perikatan Nasional dan PBS membentuk kerajaan negeri baharu dengan majoriti mudah di Sabah, yang membawa kepada calon PN, Hajiji Noor, terpilih sebagai ketua menteri.

Di samping itu, sebelum ini, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, mendakwa mendapat sokongan cukup daripada pelbagai parti untuk membentuk kerajaan baharu di Putrajaya, situasi yang mendorong beberapa pemimpin Umno bercakap tentang pilihan raya bagi menyelesaikan isu majoriti kecil di Dewan Rakyat. FMT



Harapan, realiti dan persaingan politik

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker