Pilih Islam selepas kematian ibu bapa

SABAK BERNAM – Seorang remaja saudara baru yang hidup yatim piatu selepas ibu bapanya maut dalam kemalangan nekad mengubah hidupnya dengan memilih Islam.

Mohd Haikal Chu, 16, yang merupakan anak tunggal tidak pernah berpeluang bersekolah secara formal berikutan hidup serba daif dan sejak kecik terpaksa membanting tulang membantu bapa, Chu Foot Keong, 47, dan ibunya, Aling Arissa, mengutip besi sebagai punca pendapatan keluarga.

Remaja itu juga mengakui buta huruf dan tetapi nekad belajar bersungguh-sungguh dan membaca al-Quran untuk mengubah masa depannya.

Berkongsi kisah sedih itu, Mohd Haikal berkata, ibu bapanya maut dalam kemalangan di Kilometer 38 Jalan Kuala Lumpur – Seremban pada 13 Mac lalu.

Bapanya meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya warga Indonesia disahkan meninggal dunia selepas menjalani pembedahan di Hospital Kajang dua hari selepas kejadian itu.

“Jiwa saya kosong selepas mendapat tahu kedua-dua orang tua terkorban dalam kemalangan itu. Saya hilang tempat bergantung dan terpaksa mengurus kehidupan sendirian,” katanya.

Mohd Haikal yang sebelum ini menetap di Ulu Beranang Lenggeng, Negeri Sembilan berkata, dia mengambil keputusan memulakan hidup baharu selepas dijaga keluarga angkat di Bagan Nakhoda Omar sejak tiga bulan lalu.

“Saya rasa tenang dan kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan dan memang berhasrat mendalami ajaran Islam serta belajar mengaji al-Quran,” katanya yang menjadikan pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew sebagai inspirasi untuk maju dalam kehidupan.

Menurut Mohd Haikal, dia tertarik mendalami ajaran Islam sejak arwah ibu bapa saya masih hidup

Ditindas 22 Bulan Oleh PH, Zahid Harap Pendidikan Tahfiz Dilaksanakan Semula

“Saya tenang mendengar azan berkumandang malah kerap ke masjid bersama rakan-rakan Islam lain menunaikan solat,” katanya yang mula melafazkan syahadah pada Ogos lalu.

Katanya, dia bersyukur kerana berpeluang belajar di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al Muhammadi, Kampung Batu 40, sejak kelmarin dan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantunya untuk mengubah kehidupan.

“Saya rasa belum terlewat untuk saya belajar ilmu ALLAH dan akan berusaha menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Pengetua Maahad Tahfiz Darul Itqan Al Muhammadi, Kampung Batu 40, Mohd Sharif Musa berkata, pihaknya mengalu-alukan pelajar seperti Mohd Haikal memasuki tahfiz berkenaan.

Katanya, besar harapannya melihat Mohd Haikal dapat mendalami pengajian al-Quran dan ‘alim’ (pengajian berlandaskan syariah) dengan penuh kesungguhan.

“Kami amat menggalakkan mereka yang tercicir dalam pendidikan belajar di sini malah ada beberapa pelajar dari luar negara yang meniba ilmu,”

“Pada masa ini, seramai enam pelajar luar negara seperti Myanmar, China dan Vietnam menuntut di pusat tahfiz ini,” katanya.

Dalam pada itu, urusan pendaftaran dan yuran pengajian Mohd Haikal dibiayai sepenuhnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail.

Rizam berkata, beliau sudah mendaftarkan remaja itu untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di pusat tahfiz berkenaan.

Pusat Tahfiz: Kalau Haram, “Halalkanlah”, Jangan Tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker