Pak Lah tabah hadapi kanser usus tahap 4

Pak Lah masih sihat, berita palsu kesihatan merosot

KUALA LUMPUR: Pak Lah yang disahkan menghidap barah usus tahap empat sejak Julai lalu, perlu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 12 kali.

Sudah menjalani prosedur sama sebanyak dua kali, Pak Lah Cecupak atau nama sebenar, Nor Affendi Nurdin, 53, memberitahu, keadaan dirinya belum stabil.

Malah, ketika ini, pergerakannya agak terbatas dan memerlukan bantuan kerusi roda.

Selain itu, Pak Lah yang ketika ini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, sukar membuang air besar, sejak setahun lalu.

“Kesihatan saya sekejap okay dan ada kalanya, tidak okay. Sakit ini dikesan pada 22 Julai lalu selepas saya menjalani ujian kolonoskopi.

 

Dikesan menghidap barah usus, Julai lalu, Pak Lah yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, memerlukan 12 sesi rawatan kimoterapi. Foto IG Pak Lah Cecupak
Dikesan menghidap barah usus, Julai lalu, Pak Lah yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, memerlukan 12 sesi rawatan kimoterapi. Foto IG Pak Lah Cecupak

 

“Ketika ini, saya menunggu giliran untuk melakukan rawatan kimoterapi. Saya baru melakukannya sebanyak dua kali dan perlukan 10 sesi rawatan lagi,” katanya kepada BH Online.

Pak Lah yang bekerja dengan organisasi dikenali sebagai Kampung Karyawan Koloni Amanjaya, People Of Remarkable Talents (PORT) di Ipoh, Perak, sebagai pencipta lagu, jatuh sakit ketika bertugas.

“Ketika diperiksa doktor, saya dikesan memiliki ketumbuhan pada usus besar dan sedikit dalam hati,” katanya yang tidak pasti mengenai kedudukannya di tempat kerja akibat masalah kesihatan.

Pak Lah berkata, dia menunggu keputusan lembaga pengarah mengenai jawatannya di organisasi terbabit sama ada masih diperlukan atau sebaliknya.

Namun, buat masa ini, kata Pak Lah, dia masih menerima gaji daripada majikan.

“Selain itu, dua anak yang bekerja memberi bantuan serba sedikit. Selebihnya, saya mendapat derma ikhlas daripada rakyat Malaysia.

“Ada juga dalam kalangan sanak-saudara, adik-beradik, teman artis, Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) yang bermurah hati memberi sumbangan,” katanya.

Tambah Pak Lah, isterinya yang juga suri rumah tangga, menjaga dirinya setiap hari termasuk dalam mengurus keperluan diri dan ubat-ubatan.

Guan Eng Negarawan, Pejuang & Berprinsip: Pandangan Budak Macam Tak Akil Baligh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker