SAH! GRS angkat Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah
Gabungan Rakyat Sabah dijadual mengadakan pertemuan pagi ini bagi membincangkan calon ketua menteri negeri itu.
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan berkata demikian ketika ditemui pemberita di sebuah hotel di Kota Kinabalu, yang dijadikan pangkalan bagi Perikatan Nasional (PN).
Ditanya adakah mesyuarat itu juga akan dihadiri oleh BN, Jeffrey berkata “Saya rasa semua orang (akan hadir).
Tambahnya, dalam mesyuarat tersebut GRS akan membincangkan calon ketua menteri yang baru.
Dia juga berkata ketua menteri baru daripada GRS dijangka akan mengangkat sumpah hari ini.
Namun teka-teki calon Ketua Menteri Sabah kini terungkai apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat menamakan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor.
Hajiji dijangka akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun, Juhar Mahiruddin di Istana Negeri jam 2 petang ini.
Sebelum ini, timbul beberapa pertikaian menamakan calon Ketua Menteri apabila, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menamakan Hajiji namun, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertegas mahu wakil rakyat BN diangkat mengemudi Sabah.
GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), BN, dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memperoleh majoriti mudah dalam pilihan raya semalam setelah memperoleh 38 kerusi daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.
Mengikut amalan, calon ketua menteri akan segera dilantik dan kemudian mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas untuk melantik hingga enam anggota dewan undangan negeri (ADUN).
Shafie umum Warisan paling banyak kerusi dan cuba memohon menghadap TYT Sabah
You must be logged in to post a comment.