PRN Sabah: PBS setia bersama GRS

Share

Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak akan bergabung dengan Warisan Plus untuk membentuk kerajaan, kata Ketua Penerangannya Datuk Joniston Bangkuai.

“Dakwaan ini (PBS menyertai Warisan Plus) tersebar di media sosial sejak keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) diperoleh semalam.

“PBS, sebahagian daripada rakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan akan terus kekal dengan pakatan – Perikatan Nasional dan Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan GRS mengumpul 38 kerusi dengan PBS menang tujuh kerusi.

Warisan Plus pula memperoleh 32 kerusi menerusi Parti Warisan Sabah (Warisan) sebanyak 23 kerusi, DAP (6), PKR (2) and Upko (1). Tiga lagi kerusi dimenangi Bebas dari Pitas, Kuamut dan Melalap.

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Sabah memerlukan 37 kerusi, manakala dua pertiga adalah 49 daripada keseluruhan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Sumber : Harian Metro , FB

Leave a Reply