Jangan sembang sahaja, Mahathir desak Anwar tunjuk bukti
LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan yang beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baharu.
Beliau berkata, Presiden PKR itu sepatutnya menunjukkan bukti dakwaan sebelum membuat kenyataan tersebut.
Sebaliknya, kata Dr. Mahathir, tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa percubaan untuk mengambil alih kerajaan dengan membeli wakil rakyat.
“Dakwaan itu bukan pertama kali dilakukan oleh Anwar tetapi akhirnya dibuktikan tidak benar.
“Bila kita sebut sesuatu dengan tidak beri penjelasan kononnya dapat majoriti maka ini akan timbul (kekeliruan).
“Sekarang kita dapati ada yang menafikan (dari pemimpin UMNO), jadi keadaan tidak menentu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program sembang santai bersama penggerak pelancongan dan pengusaha hotel di Kuah di sini hari ini.
Kelmarin, Anwar mendakwa telah mendapat majoriti kukuh untuk menubuhkan kerajaan sekali gus menjatuhkan kerajaan dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mahathir menambah, tindakan yang dilakukan pemimpin PKR itu bukan sahaja telah memberi kesan dalam kestabilan ekonomi negara malah turut menjejaskan imej Malaysia.
“Perkara ini merosakkan imej negara, dan akan mengurangkan keyakinan pelabur,” katanya. – UTUSAN
Anwar dah tolak Pejuang, macam mana saya nak sokong – Mahathir
You must be logged in to post a comment.