Anwar dah tolak Pejuang, macam mana saya nak sokong – Mahathir

Share

 

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh memberi kesan kepada pelaburan, perniagaan serta kestabilan negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pelabur akan rasa keadaan tidak menentu apabila hari ini kerajaan lain, esok kerajaan lain pula, lusa tukar kerajaan lain lagi.

“Saya harap kalau Anwar ada (majoriti) buktikan bahawa dia betul-betul mempunyai cukup bilangan dan kita putuskan perkara itu.

“Tunjuk bukti dan kita sanggup pergi ke Dewan Rakyat nak dengar siapa yang dapat sokongan dan siapa yang tidak mendapat sokongan,” kata bekas perdana menteri itu kepada pemberita selepas menghadiri Program Sembang Santai Bersama Pengerak Pelancongan dan Pengusaha Hotel Langkawi, di Langkawi hari ini.

Macam mana nak sokong, Anwar tolak Pejuang

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson, dalam sidang media Rabu lepas mendakwa telah mendapat sokongan yang “kukuh dan meyakinkan” daripada Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin.

Kalau anda terlepas…

Agoes Salim – Watak penting membidankan Rukun Negara
“Anwar dulu pernah buat dakwaan dia ada majoriti, sama juga selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri apabila Yang di-Pertuan Agong minta nyatakan pendirian, dia (Anwar) dakwa ada majoriti sehingga Pakatan Harapan (PH) beri namanya kerana anggap ada majoriti tetapi tidak cukup sebab memang tak ada pun majoriti,” kata Dr Mahathir.

Ditanya sama ada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkannya akan menyokong Anwar sekiranya memiliki majoriti, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata: “Anwar dah tolak Pejuang (semasa pengumuman baru-baru ini)…dia kata ada majoriti kecuali Dr Mahathir.

“Jadi saya ini ditolak terus. Jadi macam mana saya nak sokong dia?

“Dia dah tolak kita awal-awal lagi,” katanya. Bernama

Leave a Reply