Jangan lakukan aktiviti berkempen berdekatan pepasangan elektrik – Suruhanjaya Tenaga

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihatkan pihak yang menjalankan aktiviti berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berdekatan dengan pepasangan elektrik agar menghentikan perbuatan berkenaan kerana berbahaya.

ST memberikan ingatan itu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini serta mencegah risiko kemalangan elektrik seperti renjatan elektrik atau percikan arka.

Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu yang memberi contoh insiden pada 2018 apabila empat orang tercedera akibat renjatan elektrik ketika memasang bendera parti politik di Johor, turut menasihatkan orang ramai agar tidak memanjat menara atau tiang elektrik.

Menurut ST, orang awam juga tidak dibenarkan menggunakan kren dan skylift berhampiran pepasangan elektrik, tidak memasang khemah atau membuka pusat gerakan di bawah talian elektrik dan tidak menceroboh dan memasuki kawasan pencawang elektrik.

Sesiapa yang mengusahakan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam aktiviti berhampiran pepasangan elektrik, tanpa kebenaran sah daripada pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen, adalah menyalahi peruntukan Seksyen 37(12), Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], katanya.

— BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker