Asam Pedas Melaka Yang Sedap

 

Asam Pedas Melaka Yang Sedap

 

Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap

Assalamualaikum pembaca blog Azie Kitchen yang budiman. Sebelum saya meneruskan catatan dalam entri ini, saya ingin membuat sedikit pengumuman bahawa saya telah meletakkan Nuffnang mobiles Ads. Jadi iklan yang dipaparkan akan muncul bila ada melayari blog Azie Kitchen menggunakan mobile phones. Jadi saya berharap, sudi kiranya anda semua singgah dan klik iklan yang dipaparkan. Kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sejak balik dari Melaka, asyik terkenang kenangkan keenakan Asam Pedas Restoran Rahmah di Ayer Keroh yang sangat sedap. Nampak simple dan kuahnya tidak lah terlalu pekat tapi tak tahu apa rahsia sehingga menjadi sangat sedap. Saya siap makan hingga menghirup kuahnya lagi. Isi ikannya pula sangat lembut dan manis.

Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap

Saya menghantar mesej pada hubby supaya singgah kedai runcit untuk membeli ikan merah. Alhamdulillah, ada rezeki. Ada hanya 2 ekor sahaja. Sampai rumah dah pukul 6.15 petang. Bergegas ke dapur untuk memasak supaya semua dapat diselesaikan sebelum Maghrib.

Memasak dengan berbaju kurung. Lepas memasak, baju pun berbau ikan. Tapi semuanya berbaloi baloi walaupun memasak dalam keadaan tergesa gesa, kerana hasilnya ialah Asam Pedas yang sangat sedap.

Saya mendapat resepi ini sebelum ke London lagi, masa tu dah teringin untuk memasak Asam Pedas. Ada juga hajat untuk memasak asam pedas salmon masa di London tapi memikirkan tiada blender jer di sana. Kalau tidak pasti dah berasam pedas di London.

Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap

Resepi ini saya dapat dari anak buah saya, Farhana yang mempelajarinya dari housemate beliau, Azie yang pandai memasak. Katanya ini adalah resepi turun temurun keluarga Azie yang berasal dari Melaka.

Setelah mendengar cerita dari Farhana tentang kepandaian dan keenakan masakan Azie, saya meminta Farhana menyalin resepi semasa Azie memasak. Katanya Azie memasak main campak campak jer. Saya meminta anggaran sukatan bahan yang digunakan supaya lauk yang terhasil adalah sama atau hampir sama dengan masakan Azie. Maklum air tangan berbeza beza walaupun menggunakan resepi yang sama.

Satu yang unik dengan resepi ini ialah penggunaan ketumbar dan jintan manis. Kali pertama saya memasukkan rempah ke dalam asam pedas. Kalau boleh rempah yang ditumbuk sendiri, lebih sedap berbanding dengan rempah serbuk yang dijual.

Sangat sedap lauk ini lebih lebih lagi menggunakan ikan merah yang isinya sangat lembut yang perlu dimasak sekejap sahaja supaya ianya tidak hancur. Cari ikan yang sederhana saiznya, yang boleh dipotong 5-6 keping. Saya cadangkan anda mencuba resepi ini dan rasakan sendiri kelainannya.

Jom layan resepi yang saya olahkan dari apa yang diberi oleh Farhana kepada saya. Jom layaann…

Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap
Asam Pedas Melaka

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

1 ekor ikan merah – potong 6 keping atau 5 ekor ikan

5 sudu besar cili kering kisar – boleh tambah
1 sudu kecil pes asam jawa – jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap

Garam

Bahan tumbuk:

2 sudu ketumbar biji
2 sudu jintan manis

Bahan kisar:

8-9 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup

2 inci halia

Cara cara:

Kisar semua bahan di atas. Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis dan tumis bahan kisar, bahan tumbuk dan cili kisar sehingga wangi dan benar benar garing, masak dan terbit minyak.

Masukkan air secukupnya. Bila kuah mendidih, baru dimasukkan ikan.

Masukkan garam dan air asam secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap

Nota:

Jika menggunakan ikan merah, masak sekejap sahaja supaya ikan tidak hancur.
https://mykmu.net/2020/09/23/meletup-asam-pedas-madu-tiga-pasti-terangkat/

Asam Pedas Restoran Tiga Lima, Bandar Hilir, Melaka

Meletup, asam pedas madu tiga, pasti terangkat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker