Covid-19 : 57 kes baru hari ini

Sebanyak 57 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 49 daripadanya di Sabah menjadikan negeri itu kekal mencatatkan kes harian paling tinggi beberapa hari menjelang pilihan raya negeri (PRN) Sabtu ini.

Daripada jumlah itu, 51 merupakan penularan tempatan dan 6 kes import.

Tiada kematian baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 130 orang.

Terkini COVID-19 ; 21 Sept 2020

Jumlah discaj baru:40
Jumlah kumulatif:9395 (91.43%)

Jumlah kes baru;57
Jumlah kumulatif:10276
Jumlah kes aktif:751

Kes tempatan:51 (45WN, 6BWN)
Kes import:6 (1WN, 5BWN)

Jumlah kematian:0
Jumlah kumulatif:130 (1.26%)

Kes di ICU: 9
intubated: 2

Sabah kes tertinggi, 49 kes antaranya Kluster Pulau (14) dan Kluster Selamat (12). Ada kluster baharu di Sabah – Kluster Kuarters di Tongod.

Tiada kematian baharu dilaporkan.

PECAHAN KES BAHARU (57)

KL-3
1 import WN pulang dari UK
2 import BWN pulang dari Pakistan dan Zambia

SELANGOR-4
1 BWN kes pra pembedahan
3 import BWN tiba dari Indonesia

SABAH-49
14 Kluster Pulau (13WN,1BWN)
12 Kluster Selamat (11WN, 1BWN)
5 WN Kluster Kuarters (Kluster baharu)
5 Kluster Benteng LD (3WN, 2BWN)
2 WN kes SARI
2 WN saringan bergejala
2 WN saringan tahanan lokap
2 WN saringan CCRC
1 WN saringan kontak rapat
1 WN saringan petugas kesihatan
1 WN kes ILI
1 BWN kes rujukan ke hospital
1 WN kes saringan pra pembedahan

KEDAH-1
1 WN Kluster Sungai

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker