Bersatu ular air yang makan katak, kata Kadir Jasin

Kadir setuju Bersatu hanya ‘ular lidi’ dalam Muafakat Nasional

Tokoh wartawan veteran A Kadir Jasin bersetuju dengan kenyataan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan Bersatu hanya ‘ular lidi’ dalam Muafakat Nasional.

Malah, katanya, Bersatu ketika ini mungkin juga ‘ular air’ yang menyusur bumi dan makan katak.

“…saya setuju dengan Tengku Razaleigh bahawa dalam MN (Muafakat Nasional), Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali adalah ular lidi. Atau mungkin juga hanya ular air (water snake) yang menyusur bumi dan makan katak,” katanya dalam tulisan di Facebook, hari ini.



Kadir berkata demikian sebagai respons kepada Tengku Razaleigh yang mengibaratkan Bersatu sebagai ‘ular lidi’ dan tidak sesuai untuk bekerjasama dengan Umno yang disifatkan sebagai ‘ular sawa’.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra dipanggil Ku Li juga berkata MN tidak sepatutnya menerima Bersatu kerana “pengkhianatan” parti itu menyebabkan BN tumbang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Sesetengah orang kata macam mana ular lidi nak masuk berkawan dengan ular sawa, bukan kita nak rendahkan (Bersatu), tetapi standard itu kalau nak bersama boleh tetapi ukuran mesti ikut piawaian yang boleh diterima masyarakat.

“Barulah ahli-ahli kita boleh terima, kita takut berlaku pecah-belah pula selepas ini,” katanya dipetik dalam video wawancara bersama TMI.



Untuk rekod, ular lidi dikenali sebagai ular bersaiz kecil yang memakan serangga, sementara ular sawa dikenali sebagai haiwan pemangsa yang mempunyai saiz besar.

Bagaimanapun, Kadir dalam kenyataannya mengingatkan bahawa Bersatu pernah mempunyai ‘bisa’ apabila mengalahkan BN ketika parti itu bersama Pakatan Harapan (PH).

“Saya ahli Bersatu ketika PH mengalahkan dan memalukan BN.

“Tahniah kepada Tengku Razaleigh kerana kenal jenis-jenis ular. Dia orang Kelantan dan kerusi parlimennya Gua Musang yang masih banyak hutan rimba. Jadi tidak peliklah kalau dia pakar mengenai ular.



“Ketika Bersatu original bergabung dalam PH dan mengalahkan BN pada 9 Mei 2018, ia adalah ular berbisa,” katanya.

Tambahnya, Bersatu juga tidak mengkhianati BN seperti yang didakwa Tengku Razaleigh. Mk

Related Articles

One Comment

  1. Memang betul kata Ku Li, MN tak seharusnya menerima Bersatu menyertai MN. Bukan beliau sahaja berpendapat demikian, ramai ahli2 UMNO mempunyai pendapat yang sama. Kalau betul Bersatu semasa masih bersama PH sangat ampuh, mengapa boleh tewas dalam beberapa siri PRK yang lepas kepada BN?

    Bersatu mengamalkan apa yang disebut dalam pepatah Amerika “if you can’t beat ’em, join ’em”. Selepas kantoi dalam beberapa PRK yang lepas kepada MN dan mereka juga tahu akan kantoi jika bertanding dlm PRU yang akan datang, itulah sebabnya mereka berminat untuk menyertai MN, demi untuk menyelamatkan Bersatu. MN tak perlukan Bersatu pun sebenarnya. MN perlu mengambil ikhtibar dari Perang Balkan pada awal dekad 90-an dulu, Puak Moslem-Croat kalah dlm pusingan pertama beberapa siri pertempuran dgn puak Serb namun masuk pusingan kedua, ketika Moslem-Croat sudah hampir berjaya mengalahkan Serb, mereka dipaksa memeterai perjanjian damai oleh Amerika, yang meyaksikan sekarang negara Bosnia berpecah kepada 3 bahagian (3 dlm 1), sepatutnya 2 dlm 1.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker