BN Luluskan Projek Bina Jalan Tapi Bila Tukar Kerajaan Semua Dibatalkan

Rakyat Sabah diingatkan semua projek pembangunan jalan sudah diluluskan Barisan Nasional (BN) tetapi malangnya selepas PRU14 apabila kerajaan bertukar semua projek itu dibatalkan oleh kerajaan Warisan.

Tegas Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelulusan itu diberikan ketika dia menjadi Menteri Luar Bandar.

“Masa saya jadi Menteri Luar Bandar dulu, saya telah luluskan pembinaan jalan berturap di kampung ini (Kampung Sungai Memanjang) tapi bila Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), mereka batalkan projek tersebut,” katanya memetik laporan UMNO Online.

Jelas beliau yang juga merupakan Menteri Kanan (Pertahanan), kerana itulah rakyat Sabah harus menolak Parti Warisan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ini yang ternyata gagal dalam membela nasib rakyat.

“Kita lihatlah semasa Warisan memerintah, bukan sahaja projek untuk kampung ini dibatalkan, projek besar lain seperti Pan Borneo juga dibatalkan. Kalau ada jalan ini, pastinya kampung-kampung dan bandar-bandar kecil di situ dapat dibangunkan tapi kerana perbezaan kerajaan negeri dan Persekutuan maka pembangunan tidak dapat dijalankan.

“Sebenarnya banyak pembangunan tidak dapat kita laksanakan kerana kerajaan negeri di bawah Warisan. Sebab itu kita kena pastikan tukar balik dan pastikan BN bersama rakan-rakan menguasai semula Negeri Sabah supaya kita dapat teruskan pembangunan di Sabah ini… ini bukan untuk sesiapa tetapi adalah untuk anda semua sendiri,” ujar beliau ketika berucap dalam program ramah mesra bersama pengundi di PDM Kampung Sungai Memanjang di DUN Gum Gum.

Ismail turut mengulas mengenai dakwaan kononnya Warisan adalah parti Sabah manakala BN dan PPBM adalah parti Semenanjung.

“Dia kata BN dan PPBM parti Persekutuan, bukan dari Sabah… yang saya tidak faham, Dap itu parti apa? Parti Sabah ke? PKR tu parti Sabah ke? Sebenarnya kita jangan terkeliru, hari ini dia kata Warisan parti Sabah tapi Dap bertanding guna lambang Warisan.

“Dulu kita di Semenanjung dalam PRU-14 ditipu, mereka bertanding guna satu lambang iaitu PKR tapi bila PKR menang yang perintah Malaysia ketika itu adalah Dap. Dap yang tentukan segala dasar sebab itu dasar untuk orang Melayu dan Bumiputera dipinggirkan… sebab yang perintah adalah Dap dan sekiranya Warisan menang lagi, inilah yang akan berlaku di Sabah.

“Kalau kita percaya kepada lambang Warisan maka kita akan tertipu sebab Dap ada bersama Warisan, sebab itu dipanggil Warisan Plus. Jangan kita biar pisang berbuah dua kali seperti apa berlaku di Semenanjung,” tegas beliau.

Justeru ujar Ismail, rakyat Sabah ‘wajib’ menumbangkan Warisan bersama Dap di PRN Sabah ini kerana peluang untuk ubah balik ini tidak akan datang lagi. BN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker