Tiada apa yang mahu dikejar melainkan BERBAKTI pada USUKAN! – Salleh Keruak

1. Aspirasi bakti saya adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang mesra masyarakat dan mesra anak muda di DUN Usukan.

2. Selain dapat menyediakan kemudahan kepada masyarakat, saya juga percaya bahawa aktiviti ekonomi, sosial serta pendidikan masyarakat setempat harus dirancakkan dan anak-anak muda harus memperkasa minda dan keupayaan mereka untuk menghadapi cabaran dunia digital yang semakin ke hadapan.

3. Kita tidak boleh ketinggalan dalam arus peredaran zaman, dan kita juga tidak boleh mengabaikan kesejahteraan dan kehidupan rakyat di DUN Usukan khususnya, dan Kota Belud amnya.



4. Pembinaan sebuah Pusat Sehenti SSK adalah salah satu daripada aspirasi saya untuk merancakkan pembangunan fizikal dan minda untuk masyarakat setempat. Pusat sehenti ini akan menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur demi keselesaan dan kemaslahatan atau manfaat penduduk setempat dan kawasan berdekatan.

5. Pusat Sehenti SSK menawarkan kemudahan serta perkhidmatan seperti Pusat Perniagaan SSK akan menjadi lokasi untuk warga Usukan menjalankan urusan bersama ADUN serta menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk warga Usukan. Ia juga berfungsi sebagai alamat peti surat yang boleh dikongsi bersama oleh semua.

6. Ia juga akan menempatkan sebuah Pusat Latihan yang boleh digunakan sebagai platform latihan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan, gig economy, pendidikan, kesihatan dan sebagainya untuk semua golongan tidak kira kanak-kanak, dewasa hinggalah warga emas. Pelaksanaan bengkel, kelas atau seminar setiap bulan akan dapat menarik penglibatan setiap golongan masyarakat.

7. Untuk membantu masyarakat menangani kenaikan kos sara hidup, saya turut merancang untuk membuka rangkaian kedai-kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan pada harga yang lebih rendah. Rangkaian SSK Mart akan turut membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat setempat.



8. Untuk menyediakan sebuah persekitaran yang santai dan selesa, Pusat Sehenti ini akan turut menyediakan sebuah kafe yang menawarkan hidangan makanan dan minuman kepada mereka yang berkunjung ke Pusat Sehenti SSK.

9. Ia akan menjadi daya tarikan kepada anak-anak muda untuk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, kemahiran atau pendidikan di samping membuka peluang pekerjaan dan perniagaan untuk masyarakat.

10. Selain itu, Pusat Sehenti ini juga akan menyediakan perkhidmatan van atau bas yang menawarkan khidmat bantuan dan penghantaran ke hospital atau klinik kesihatan untuk mereka yang memerlukan ketika waktu kecemasan. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan aktiviti kemasyarakatan yang lain seperti gotong-royong, ceramah dan sebagainya.

11. Sebelum bermulanya kempen sehinggalah hari ini saya banyak bertemu dengan anak-anak muda yang berkongsi impian dan aspirasi dengan saya, dan rata-rata mereka berpandangan yang sama. Anak-anak muda ingin melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat, negeri dan negara namun mereka kurang mendapat pendedahan, dorongan atau bantuan.



12. Saya percaya Pusat Sehenti SSK ini akan menjadi titik permulaan yang baik ke arah mencapai impian dan aspirasi mereka semua. Bukan setakat itu sahaja, bahkan ia juga akan membawa faedah dan manfaat kepada setiap golongan masyarakat.

Sumber – https://sallehsaid.com/2020/09/18/bakti-untuk-usukan/1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker