Sesuka hati buang sampah, Taman Negara Thailand hantar semula sampah ke alamat pengunjung sebagai ‘cenderahati’
Pembuangan sampah merata-rata merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan begitu memalukan.
Nampaknya pihak berkuasa di Thailand menemui kaedah berkesan untuk menangani tindakan tidak beretika sebegini.
Pihak berkuasa Thailand baru-baru ini telah mengarahkan segala sampah yang dibuang oleh pengunjung Taman Negara Thailand dihantar semula kepada mereka.
TOP Varawut/Facebook
Ia diarahkan sendiri oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand, Varawut Silpa-archa bagi membendung orang ramai daripada terus membuang sampah merata-rata.
Pegawai Taman Negara, Khao Yai diminta untuk membungkuskan sisa sampah itu lalu menghantarnya ke alamat pengunjung mengikut rekod penginapan mereka.
Walaupun terdapat tong sampah disediakan di sekitar kawasan perkhemahan itu namun pengunjung tetap meninggalkan sisa sampah di kawasan tersebut.
TOP Varawut/Facebook
Di laman Facebook 15 September lalu, Varawut meminta agar sampah dibuang ke dalam tong sampah kerana jika tidak, ia berisiko untuk membunuh haiwan liar yang mencari makanan.
“Dalam hal ini, kami sengaja mengumpulkan semua sampah anda di dalam kotak dan menghantarnya ke rumah anda sebagai cenderahati”.
“Ia adalah pengajaran untuk anda tidak lagi membuang sampah di tempat lain di masa akan datang”, tulisnya.
TOP Varawut/Facebook
Memetik Artikel 19(2) Akta Taman Negara, sesiapa yang merosakkan sumber alam, ekosistem dan kepelbagaian biologi boleh berhadapan dengan huluman penjara hingga lima tahun.
Atau dikenakan denda sebanyak THB500,000 (RM64,000) atau kedua-duanya sekali.
Beliau turut memetik Artikel 20, di mana pengunjung Taman Negara perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan jika ingkar, akan didenda sebanyak THB100,000 (RM13,000).-Era Baru
You must be logged in to post a comment.