Pemandu Triton terbabas lari tinggalkan daun ketum
Tindakan pemandu pacuan empat roda meninggalkan kenderaannya selepas terlibat dalam kemalangan akhirnya terjawab selepas polis menemui kira-kira 50 kilogram daun ketum dalam kenderaan tersebut.
Menurut sumber, kemalangan terbabit dipercayai berlaku selepas pemandu terbabit terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Pasir Hor menghala ke Kubang Kerian malam kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, tindakan pemandu menghilangkan diri sebaik kemalangan berlaku menimbulkan tanda tanya dan tiada pihak yang muncul menuntut pacuan empat roda berkenaan selepas tiga jam polis memantau di lokasi kejadian.
“Hasil pemeriksaan dilakukan terhadap kenderaan terbabit turut menemui bungkusan plastik hitam dan putih mengandungi daun kehijauan disyaki ketum dengan anggaran nilai RM15,000,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada rekod berkaitan laporan kehilangan kenderaan tersebut selain tiada pihak hadir membuat laporan berhubung kemalangan terbabit setakat semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Sinar
You must be logged in to post a comment.