Warisan letak adik TYT Sabah di Dun SUngai Sibuga

Warisan telah mengemukakan Armani Mahiruddin sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di kerusi Dewan Undangan Negeri, Sungai Sibuga.

Armani, 54, akan ‘bertarung’ di kubu kuat bekas ketua menteri Musa Aman, yang memegang kerusi DUN itu sejak 1994 tetapi tidak bertanding kali ini.

Pada pilihan raya ini, Armani yang juga adik kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin akan berdepan dalam pertandingan lima penjuru.

Calon lain adalah Mohamad Hamsan Awang Supain mewakili BN-Umno, Irwanshah Mustapa dari Parti Cinta Sabah (PCS), Mohd Jain Aliuddin dari arti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Kemellia Hasan dari Parti Liberal Demokratik (LDP).

Pada PRU lalu, Musa mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 2,184 undi.

Armani yang ditemui hari ini berkata dia akan mempertaruhkan pengalamannya sebagai bekas ketua Wanita Umno Sabah, ahli dan pemimpin Wanita Umno Sungai Sibuga selama 22 tahun serta kedudukannya sebagai wanita pertama yang menjadi timbalan speaker Dewan Negara.

“Walaupun Sungai Sibuga dipegang bekas ketua menteri kita, masih banyak perubahan yang boleh dilakukan, terutama pembangunan di sana,” katanya kepada pemberita.

“Saya sedia (untuk dibandingkan dengan Musa) dan jika diberi peluang dan menang, saya akan lakukan perubahan.

“Kita dapat lihat pengaruhnya sebagai bekas pemimpin sudah berlalu. Tapi kita masih menghormatinya,” katanya.

Armani menyertai Warisan bersama-sama 200 anggota Umno Sandakan pada Mei 2019, beberapa minggu selepas Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker