Saya sayang orang Semenanjung, isteri saya orang Kedah

Share

“Saya terima kasih banyak dengan Tun (Mahathir). Banyak dia setuju. Bila saya minta (dengan) Tun, bila saya bincang dengan dia: Tun, kita band (bekerjasama), kita bina negara.

“Tun sudah 90 tahun, saya 64 tahun, tapi kita kena bina negara. Malaysia kita sayang walaupun kita dipisah Laut China Selatan ini. Saya sayang orang Semenanjung, saya sayang isteri saya, orang Kedah. Bukan saya tak sayang.

“[…] Bila kita bersuara lantang menyuarakan ‘ini hak rakyat Sabah, hak Sabah’, (bukan) kita tak suka negara kita. Kita sayang negara kita,” katanya dalam program Santai Pagi di Kunak hari ini.


Shafie berkata demikian ketika menyorot masalah-masalah kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air yang dialami di Sabah, terutamanya di Kunak.

Kata mereka, masalah itu sudah berlaku untuk tempoh yang sangat lama.

Malah, masalah itu jugalah yang diharapkan dapat diselesaikan oleh wakil rakyat yang bakal menang PRN nanti.


Kunak (N63) menyaksikan pertandingan enam penjuru antara calon Warisan, Norazlinah Arif -penyandang kerusi; calon BN, Halid Harun, calon Parti Liberal Demokratik (LDP), Nur Aini Abdul Rahman; Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Utoh Joehann Angkie; Parti Cinta Sabah (PCS), Mohd Azman @ Abdul Samad Asiman; dan calon Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Hasbi Sariat.

Kalau kita tak bergabung dengan kerajaan persekutuan, maka susah kita. Dalam perlembagaan itu tanggungjawab kerajaan persekutuan.

Leave a Reply