SIAPA HANNAH YEOH?

Oleh Dr Kamarul Yusoff

Atas permintaan beberapa rakan yang mahu mengenali lebih dekat Hannah Yeoh, disertakan kembali beberapa petikan tulisan di dalam buku beliau bertajuk “Becoming Hannah” yang diendorse antara lainnya oleh Senior Pastor, DUMC, Petaling Jaya, Dr Daniel Ho, Senior Pastor, Skyline SIB, Kota Kinabalu, Dr Philip Lyn, dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua:

(1) HIDUP SAYA UNTUK TUHAN

“Inilah sebab mengapa, hari ini, bila saya diminta untuk menerangkan siapa saya dan apa saya buat, saya berkata, “Hannah Yeoh, hidup untuk Tuhan.” (Muka surat 23)

(2) SAYA UKUR HARGA DIRI SAYA DENGAN FAKTA BAHAWA SAYA ADALAH ANAK TUHAN

“Saya tidak mengukur harga diri saya sebagai seorang ahli politik dengan undi atau dengan populariti saya di kalangan pengundi. Saya mengukur harga diri saya dengan fakta bahawa saya adalah seorang anak Tuhan.” (Muka surat 89)

(3) SAYA MAMPU BERDAKYAH MELALUI JAWATAN POLITIK SAYA

“Saya juga merasakan bahawa politik membawa saya jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakyah. Tetapi jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakyah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang. Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakyah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuat ia berlaku melalui jawatan politik saya.” (Muka surat 108)

(4) TUHAN MAHU MENUNTUT SEMULA POLITIK DAN PERKHIDMATAN AWAM DI MALAYSIA

“Terdapat banyak kerja perlu dibuat untuk membina semula negara yang indah ini. Seperti Nehemiah mengawasi pembinaan semula tembok-tembok Jerusalem, setiap orang perlu terlibat, bekerja. Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya. Dia sedang mencari lelaki dan wanita bertaqwa yang sanggup menyingsing lengan mereka dan bekerja dalam bidang yang sangat mencabar ini. Tiada pengalaman dalam politik? Ingat, saya tidak ada pengalaman. Tiada wang? Ingat, saya tidak ada wang. Masa sesuai belum tiba? Saya baru berkahwin bila saya pertama kali berkempen. Dia menggunakan saluran-saluran sangat biasa untuk membuat perkara-perkara luar biasa. Dia membuatnya supaya Nama-Nya diagungkan.” (Muka surat 110)

PETIKAN ASAL BUKU HANNAH YEOH:

(1) I LIVE FOR GOD

“This is why, today, when I am asked to describe who I am and what I do, I say, “Hannah Yeoh, lives for God.”” (Page 23)

(2) I MEASURE MY SELF-WORTH BY THE FACT THAT I AM CHILD OF GOD
“I do not measure my self-worth as a politician by votes or by how popular I am with constituents. I measure my self-worth by the fact that I am a child of God.” (Page 89)

(3) I AM ABLE TO PREACH THROUGH MY POLITICAL OFFICE

“I also felt that politics took me away from my true longing, which was to be a preacher. But had I not obeyed God’s call, I would not have had the opportunity to preach at churches, to world leaders and to young people, like I am able to do now. God knew the desire of my heart to preach and serve Him. And He made it happen through my political office.” (Page 108)

(4) GOD WANTS TO RECLAIM POLITICS AND PUBLIC SERVICE IN MALAYSIA

“There is much work to be done to rebuild this beautiful nation. Just like Nehemiah overseeing the reconstruction of Jerusalem’s walls, everyone has to be at it, working. God wants to reclaim politics and public service in Malaysia for righteousness’ sake. He is looking for God-fearing men and women who are willing to roll up their sleeves and labour in this very demanding field. No experience in politics? Remember, I had none. No finances? I had none. Not a good time yet? I just got married when I ran my first campaign. He uses very ordinary vessels to do extraordinary things. He does this so His Name is glorified.” (Page 110)

Perlu diingat bahawa saya tidak berkata apa-apa pun di dalam tulisan saya yang mencetuskan kontroversi pada 10 Mei 2017 dahulu selain kenyataan bahawa “gambaran yang diberikan melalui buku Hannah Yeoh ini adalah bahawa, bagi DAP, pemisahan urusan politik daripada urusan agama ini hanya perlu dibuat jika urusan agama ini adalah urusan agama Islam, tetapi jika urusan agama ini adalah urusan agama lain seperti Kristian maka tidak mengapa”.

Dari FB Kamarul Yusoff

Related Articles

One Comment

  1. Kamarul Yusof…pergilah berdakwah hannah yeoh tu..kan itu lebih baik daripda mencari gaduh..itu yang dilakukan Nabi Muhammad dahulu kan? Jangan sampai malukan orang Islam dengan perkara perkara yang tak sepatutnya. Semoga anda terbuka hati utk mendakwah hannah yeoh.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker