‘Perjanjian dengan Israel untuk lindungi kepentingan Bahrain’

Perjanjian memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel akan melindungi kepentingan Bahrain, kata Menteri Dalam Negeri Rashid bin Abdullah Al Khalifa pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Al Khalifa berkata perjanjian dengan Israel itu hadir dalam kerangka untuk melindungi kepentingan kerajaan Bahrain yang utama termasuk melindungi entiti negara.

“Kerajaan Bahrain, sejak awal konflik Palestin-Israel, berdiri teguh di belakang perjuangan Palestin dan ia kekal sehingga kini dan deklarasi ini (perjanjian memulihkan hubungan) tidak bertentangan dengan kedudukan Bahrain mengenai inisiatif perdamaian Arab dan keputusan legitimasi antarabangsa.”

Pengumuman mengenai perjanjian itu menyusul, sebulan selepas UAE mengumumkan perjanjian sama pada 13 Ogos lalu.



Bahrain menjadi negara Arab keempat menjalin hubungan diplomatik dengan Israel selepas Mesir pada 1979, Jordan (1994) dan UAE (2020).

Perjanjian itu menerima kecaman besar-besaran daripada rakyat Palestin, menyifatkan ia tidak membantu menangani isu Palestin dan mengabaikan hak mereka.

Menurut pihak berkuasa Palestin sebarang perjanjian dengan Israel mesti berdasarkan prinsip Inisiatif Damai Arab 2002 iaitu “tanah untuk perdamaian” dan bukan “berdamai untuk perdamaian” seperti yang dituntut Israel.

– Bernama



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker