Warisan gagal : ‘Kita akan tukar kerajaan macam tukar baju’ – Pengundi Sabah

Meskipun Parti Warisan Sabah (Warisan) baru mentadbir lebih dua tahun, namun rakyat di negeri itu nekad mahu menukar tampuk pemerintahan kali ini seperti menukar baju.

Seorang pengundi di Tuaran Kadir Mamat, 58 beliau mahu parti yang pemerintah lebih bertungkus lumus bekerja dan membantu rakyat.

“Kita akan tukar kerajaan macam tukar baju, kita mahu kerajaan yang boleh bertungkus lumus kerja.

“Walaupun BN (Barisan Nasional) ini sudah tenggelam sebelum ini tapi kita tetap bersemangat bantu BN supaya berdiri balik banyak yang boleh dibuat mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Peniaga kecil-kecilan seperti Ratna Zulkarnain, 28, berpendirian bahawa parti yang sedang memerintah perlu diubah kerana dilihat berbeza dengan BN yang tidak hanya menumpukan pembangunan di bandar malah melihat keperluan penduduk yang berada di pedalaman dan kampung.

Bagaimanapun Ratna tidak menyalahkan sepenuhnya Warisan kerana parti itu mungkin memerlukan lebih masa mentadbir demi memastikan khidmat untuk rakyat dapat dilaksanakan dengan baik seterusnya membina reputasi yang baik.

“Selama dua tahun Warisan di sini, ini sahaja yang kita nampak, tapi kalau BN di kampung pun dinaik taraf, kemudahan dinaik taraf sangat membantu kami sangat jauh berbeza.

“Sebenarnya wakil rakyat dulu lebih baik daripada yang sekarang tapi mungkin sebab mereka bertugas lebih dua tahun tidak boleh disalahkan juga,” kata pengundi Tanjung Aru itu.

Dalam pada itu Leon Indar, 78 berkata, beliau mahu mengembalikan zaman kegemilangan BN di Sabah demi melihat rakyat di negeri itu terbela.

Apa yang dilihatnya, Warisan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik di negeri itu selepas mentadbir sejak pilihan raya umum yang lalu apabila masih ada rakyat yang memerlukan bantuan namun tidak diberikan tumpukan.

“Mana yang bagus itu kita mahu. Kami sebelum ini tidak pernah tukar undi, memang pilih BN. Walaupun sudah tukar kerajaan baru-baru ini kami tetap mahu tukar kerajaan. Biarlah yang boleh bantu rakyat seperti sebelum ini, tidak macam sekarang,” kata beliau.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan pada 26 September ini selepas Datuk Seri Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lalu.

Beliau bertindak demikian berikutan Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri. MG

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker