Arab Saudi tarik balik larangan perjalanan mulai Januari 2021
RIYADH: Arab Saudi akan menarik balik larangan perjalanan mulai tahun depan, lapor Agensi Anadolu, memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Ahad.
Kementerian Dalam Negeri mengumumkan mulai 1 Januari 2021, semua larangan keluar dan masuk untuk rakyat negara itu akan ditarik balik, ia juga tertakluk kepada semua pengangkutan darat, laut dan udara.
Negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk juga dibenarkan keluar dan masuk mulai 15 September, manakala keputusan untuk membenarkan kembali ibadah Umrah akan dinilai secara berasingan bergantung kepada situasi COVID-19.
Amerika Syarikat, India dan Brazil kekal negara paling teruk diancam.
Lebih 28.89 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, dengan lebih 19.5 juta orang pulih, menurut data Johns Hopkins University.
— BERNAMA