Shafie, bikin jalan pun sekerat-sekerat – Raime

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, Datuk Raime Unggi mencabar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal datang ke Tenom melihat sendiri kegagalannya membangunkan kawasan tersebut.

“Kerajaan tidak membela nasib bantuan diagih cukup sahaja asal melepas batuk di tangga bila sudah menang. Datuk Seri Shafie Apdal beliau berjaya kerana ahli UMNO dulu masa jadi Menteri Luar Bandar apa jadi dengan kami? Kesian tidak kami? Bikin jalan pun sekerat-kerat saja.

“Saya cabar Shafie Apdal datang tengok Tenom apa jd masa dia jadi menteri dulu,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Markas PDM Enubai hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hassan.

Raime merupakan bekas Ahli Parlimen Tenom yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Tenom berkata, rakyat Sabah perlu sedar dan membuat perubahan di negeri itu kerana Warisan tidak menumpukan perhatian di kawasan-kawasan yang memerlukan pembangunan dan tidak berjaya membantu rakyat.

Sementara itu, Mohamad secara ringkas beranggapan Raime sesuai menjadi menteri kanan di Sabah sekiranya BN menang pada PRN kali ini.

“Kalau BN menang, sekurang-kurangnya kita mahu Raymie jadi menteri kanan dalam kerajaan negeri,” katanya ketika berucap di Markas PDM Enubai tanpa mengulas lanjut perkara itu. MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker