Anak-Anak Sidek balik kampung, warnakan sendiri mural wajah di depan rumah

Siapa yang tidak mengenali anak-anak Sidek yang merupakan jaguh badminton Tanah Air apabila berjaya menjulang Piala Thomas sekitar tahun 1992.

Berasal daripada Banting Selangor, Datuk Misbun (Bun), Dato’ Razif (Ajib), Datuk Jailani (Alan), Abdul Rahman (Aman) dan Abdul Rashid (Adul) sememangnya nama-nama besar dalam arena badminton negara sehingga ke hari ini.

Balik Kampung

Susulan daripada itu, rumah keluarga mereka di Banting, Selangor telah menjadi tarikan di kawasan tersebut kerana berjaya melahirkan lagenda sukan Tanah Air.

Baru-baru ini,tular di media sosial memperlihatkan sebahagian daripada mereka balik  ke kampung di Kanchong Darat, Banting dan sedang mewarnai mural wajah animasi mereka sendiri di halaman rumah keluarga.

 

Rashid Sidek kongsi gambar di IG

Perkongsian daripada Twitter Info Kuala Langat telah berjaya mencuri perhatian warganet sehingga masing-masing meninggalkan komen yang pelbagai di muat naik tersebut.

 

Sejak di muat naik ke Twitter,  gambar-gambar tersebut telah berjaya memperoleh ribuan tanda suka dan perkongsian semula di media sosial tersebut.

Masing-masing berasa teruja melihat karakter animasi wajah idola badminton itu di dinding dan diwarnakan sendiri oleh lagenda-lagenda tersebut.

Sumber: Info Kuala Langat, Rashid Sidek OhMyMedia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker