DeIeted Scene Pak Andak Dan Kenit. Rupanya Arwah Idris Mat Diah Tengah Sakit Masa Penggambaran

Selepas Abu Bakar Juah dan Dato Zulkifli Zain yang meninggaI dunia dalam masa sebulan lalu, tiba masa pelakon veteran Mohd Idris Mohd Diah pergi menghadap Ilahi.

Rata-rata rakan artis yang terlibat dalam industri hiburan terkejut dengan pemergian arwah yang disifatkan sangat meminati dunia lakonan dan berjaya menghidupkan setiap watak diberikan.

Pernah membintang ratusan drama, arwah yang lebih dikenali dengan Idris Mat Diah pelakon veteran cukup disegani ramai termasuk barisan pelakon muda.

Barisan pelakon utama drama 7 Hari Mencintaiku 2 seperti Syukri Yahaya turut berkongsi gambar arwah di Instagram beliau.

Tidak ketinggalan Siti Saleha yang menulis hantaran mengucapkan takziah kepada keluarga arwh dan merasakan pemergian arwh pasti akan dirindui.

Rupanya arwah tengah sakit ketika penggambaran..

Sementara akaun Instagram 7 Hari Mencintaiku 2 berkongsi antara sedutan drama tersebut lakonan arwh yang meninggalkan kesan kepada peminat.

” A deleted scene video (dihujung artikel) antara Pak Andak & Kenit… Terima kasih Pak Andak for your outstanding performance dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2. We will miss you dan semoga arwh tenang di sana. Amin

” Assalamualaikum.. Pak Andak dalam kenangan….

” Saya bagi pihak seluruh team 7 Hari Mencintaiku 2 mengucapkan takziah pada keluarga arwah Abg Idris.

” Innalilahiwainailahirojiun…..Abang Idris Mat Diah telah Kembali ke rahmatuIIah pagi ini. Sama-sama kita doa semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diletak bersama orang2 yg soleh. (Al-Fatihah-dibaca)

” Pak Andak satu nama yang juga memberi impak dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.

” Semasa penggambaran drama 7 hari pun beliau dah sakit tapi tetap bersemangat untuk menghabiskan scene2 beliau. Moga Abang Idris tenang di sana…” tulis kenyataan di Instagram.

Anak ceritakan sikap arwah

Sementara itu anak arwah iaitu Alia, ayahnya diketahui tidak sedar diri sekitar pukul 2 pagi dan ketika pasukan perubatan yang dihubungi tiba untuk memberikan rawatan, mereka mengesahkan Allahyrham sudah meninggI dnia.

” Ayah disedari tidak sedarkan diri sekitar pukul 2 pagi tadi. Arwah sudah dua tiga hari tidak selera makan,” ujarnya.

Jenazah akan dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong dan akan dikebvmikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, sebelum solat Zuhur.

Idris antara pelakon veteran yang masih aktif membintangi pelbagai drama tempatan.

Antara drama yang pernah dilakonkannya ialah Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap.

Selain berlakon, Idris juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada tahun 1980-an.

Alia turut memaklumkan dua, tiga hari ini, bapanya tidak mempunyai selera makan.-AsiaKini

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/09/Deleted-Scene-Pak-Andak-Dan-Kenit.mp4[/KGVID]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker