Kontroversi Filem CUTIES: Pengguna mahu boikot Netflix

 

Los Angeles: Ribuan orang melancarkan kempen untuk memboikot Netflix kerana menyiarkan filem Perancis Mignonnes, atau judul Bahasa Inggerisnya, Cuties.

RTE melaporkan ia selepas filem berkenaan didakwa memaparkan pelakon muda yang melakukan aksi mengghairahkan.

Filem itu diarahkan oleh pengarah berketurunan Perancis-Senegal Maimouna Doucoure, dan mula disiarkan menerusi platform Netflix pada 9 September.

Ketika ini, lebih 200,000 ciapan dengan tanda pagar #CancelNetflix menjadi trending, semalam.

Filem itu yang memaparkan kisah kanak-kanak perempuan Perancis bernama Amy yang berdepan dengan peraturan ketat oleh keluarganya yang berketurunan Senegal.

Selain itu, dia berdepan dilema dengan pengaruh media sosial berhubung kepentingan menjaga penampilan diri.

Budak itu dan tiga lagi kanak-kanak di kejiranannya menyertai satu kumpulan tarian.

Bagaimanapun, aksi mereka dikatakan keterlaluan.

Filem itu menggondol anugerah pengarah di Festival Filem Sundance.

Kebanyakan netizen telah bertindak melancarkan perang terhadap Netflix dengan tanda pagar #CancelNetflix di laman media sosial. Isu ini terjadi disebabkan Netflix seolah-olah menormalisasikan seksualiti terhadap kanak-kanak.

Hashtag #CancelNetflix menjadi tren di Twitter dengan netizen memboikot syarikat terbesar penstriman itu selepas pelancaran filem Cutie pada 9 September, di mana Netflix didakwa melakukan normalisasi seksualisati terhadap salah satu watak yang berusia 11 tahun dan memberi ruang untuk kumpulan pedofofil.

Walaupun di anggap sebagai sebuah filem yang kontroversi, Cuties yang berjudul Mignonnes di Perancis, telah mendapat pujian dan berjaya memenangi anugerah di Festival Filem Sundance 2019.

Ia menceritakan tentang Amy, seorang gadis berusia 11 tahun, di mana menurut sinopsis Netflix, “cuba melepaskan diri dari institusi keluarga yang tidak berfungsi dan menyertai salah sebuah kumpulan tarian bebas bernama ‘Cuties’.”

Seorang pengguna di Twitter menulis: “Mengapa Netflix membiarkan pornografi kanak-kanak ditayangkan?”

Yang lain pula berkata: “Akan menghentikan hubungan selama satu dekad dengan Netflix. Sebagai ayah kepada seorang anak perempuan berusia 11 tahun, ini sangat tidak boleh diterima …#CancelNetflix.”

Satu petisyen di Change.org telah dimuat naik dengan usaha meminta orang ramai membatalkan langganan Netflix disebabkan kandungan yang mengeksploitasi kanak-kanak. Sejak dimuat naik, lebih dari 600,000 tandatangan telah berjaya dikumpulkan

Selain itu Netflix turut kehilangan $9 billion atau RM37.48 bilion pada nilai pasaran mereka sebaik sahaja netizen melancarkan kempen #CancelNeflix. Ternyata boikot yang dilakukan oleh netizen telah memberi impak yang cukup besar buat Netflix.

Sumber : HM , Vocket.com

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker