Covid-19 : 47 kes baru hari ini
Sebanyak 45 kes jangkitan tempatan dan 2 kes import Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan 31 kes itu berlaku di Sabah dan 14 lagi di Kedah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 28 daripada 45 kes jangkitan tempatan itu membabitkan warganegara dan 17 lagi warga asing.
Katanya, 591 pesakit Covid-19 sedang dirawat di seluruh negara dengan 4 dariapda 9 orang yang ditempatkan di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Terkini COVID-19; 13 Sept 2020
Jumlah discaj baru:7
Jumlah kumulatif discaj:9196 (92.75%)
Jumlah kes baru;47
Jumlah kumulatif:9915
Jumlah kes aktif:591
Kes local:45(28WN,17BWN)
Kes import:2 (2BWN)
Jumlah kematian:0
Jumlah kumulatif:128 (1.29%)
Jumlah kes di ICU:9
intubated:4
PERINCIAN KES BAHARU (47)
KL-1
1 import BWN tiba dari Maldives
SELANGOR-1
1 import BWN tiba dari Maghribi
SABAH-31
22 WN Kluster Benteng
4 saringan warga emas (3W, 1BWN)
1 WN kes ILI
1 WN saringan petugas kesihatan
1 WN saringan Orang Kena Tahan
2 BWN saringan pusat kuarantin
You must be logged in to post a comment.