Pakar virologi China mengaku miliki bukti yang menunjukkan COVID-19 dibuat di makmal di Wuhan

CHINA- Seorang pakar virologi China dilaporkan sedang bersembunyi kerana bimbang akan keselamatannya setelah muncul sekali lagi dengan dakwaan bahawa beliau memiliki bukti saintifik yang menunjukkan COVID-19 adalah virus buatan manusia yang dibuat di sebuah makmal di China.

Saintis tersebut, Dr. Li-Meng Yan, mengatakan bahawa beliau telah melakukan penyelidikan awal mengenai COVID-19 pada tahun lalu lagi.

Ketika ditanya dari mana datangnya virus yang telah membunuh lebih dari 920,000 orang di seluruh dunia itu, Yan memberitahu melalui panggilan video dari sebuah lokasi rahsia telah mengatakan bahawa virus tersebut berasal dari makmal Wuhan dan makmal tersebut dikendalikan oleh Parti Komunis China.

Beliau juga menegaskan bahawa laporan yang mengatakan virus tersebut berasal dari pasar basah di Wuhan, China adalah tidak benar dan semua itu hanya lah ‘helah’ untuk menutup fakta sebenar. Hal ini kerana virus tersebut bukan berasal dari alam semula jadi dan fakta ini disokong oleh doktor-doktor tempatan.

Yan juga mengatakan bahawa bekas penyelianya di Hong Kong School of Public Health, sebuah makmal rujukan bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga memintanya untuk berdiam diri ketika dia cuba bersuara mengenai virus tersebut pada bulan Disember tahun lalu.

Pada April lalu, Yan dilaporkan telah melarikan diri ke Amerika Syarikat dari Hong Kong bagi tujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai wabak tersebut.

CDC/Getty Images

Kini, Yan merancang untuk mendedahkan bukti saintifik bagi membuktikan bahawa virus tersebut sebenarnya dibuat di makmal di Wuhan dan untuk mengetahui tentang asal usul virus ini adalah sesuatu yang penting. Hal ini kerana jika hal tersebut tidak diketahui maka ia tidak akan dapat diatasi seterusnya akan mengancam nyawa semua orang.

Tambah Yan lagi beliau sedar bahawa jika perkara tersebut tidak diberitahu kepada dunia dia sendiri yang akan menyesal. Beliau juga memberitahu bahawa segala maklumat yang ada di dalam pangkalan data miliknya telah dihapus oleh Parti Komunis China sebelum beliau melarikan diri keluar dari negara.

“Mereka telah memadam semua maklumat milik saya dan beberapa orang juga telah diupah untuk menyebarkan berita palsu mengenai saya dengan mengatakan saya adalah seorang penipu,” beritahu Yan kepada rancangan televisyen, “Loose Women”.

Yuan Zhiming, pengarah Institut Virologi Wuhan, sebelumnya ini telah menafikan bahawa virus tersebut secara tidak sengaja telah tersebar di makmalnya.

“Tidak mungkin virus ini berpunca dari kami,” kata Zhiming kepada media negara pada April lalu.-Era Baru

Berita Lain disini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker