Tiga sekeluarga dari parti berlainan lawan Anifah di Bongawan

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N30 Bongawan berdepan dengan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Menariknya apabila tiga daripada calonnya adalah kalangan keluarga terdekat dalam parti politik berlainan iaitu Parti Warisan Sabah (Warisan), Barisan Nasional (BN) dan juga Parti Demokratik Liberal (LDP).

Ketiga-tiga mereka pula, Dr Daud Yusuf (Warisan), Awang Syairian Awang Bakar (BN) dan Mohd Azree Abdul Ghani (LDP) akan ementang bekas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman dari Parti Cinta Sabah (PCS).

Pertalian persaudaraan mereka bertiga ialah anak saudara dan bapa saudara.



Dr. Daud berpendapat ia tidak sepatutnya dijadikan isu, sebaliknya mengundi kerana kredibiliti calon-calon yang bertandingi.

“Memang benar ada pertalian keluarga tapi saya minta kempen tidak perlulah bawa hal peribadi, yang penting hala itu,” katanya selepas proses penamaan calon di SMK Seri Bongawan di sini hari ini.

Namun Anifah yang merupakan bekas Menteri Luar, tidak kisah siapa lawan beliau.



Presiden PCS itu yakin pengundi akan memilih calon yang layak menjadi wakil rakyat mereka.

“Saya ada misi lebih penting untuk rakyat Sabah, demi rakyat Sabah. Saya tidak akan sesekali gentar dengan siapa lawan saya,” katanya.

DUN Bogawan mempunyai 16,735 pengundi.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Dr Daud memperoleh 6,912 undi menewaskan calon BN, Datuk Mohamad Alamin (6,117 undi) dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail (627 undi).



PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lalu, sehari selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker