80 tahun dah saya berjuang untuk Melayu, kata Mahathir

Share

80 tahun dah saya berjuang untuk Melayu, kata Mahathir. Percayakah anda?

Ahli Parlimen Langkawi itu mengimbau perjalanan politiknya pada tahun 1964 di Kota Setar yang menyaksikan beliau tewas apabila India bukan Melayu pada masa itu tidak memihak kepadanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penubuhan parti Pejuang yang berteraskan kepada orang Melayu, Mahathir berkata ia perlu memandangkan orang Melayu masih mempunyai banyak masalah.


Katanya, orang Melayu memerlukan perhatian khusus bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi bangsa teras di negara ini.

“Orang Melayu ada banyak masalah. Perlu menangani masalah dihadapi orang Melayu, kalau kita buat satu penyelesaian itu manfaatnya untuk semua kaum, Melayu tak dapat manfaat itu.

“Melayu kena ada ‘special treatment’ (layanan khas). Saya dah lama dah, 70 tahun, 80 tahun saya bekerja untuk membantu orang Melayu,” jelasnya. Mk


Nota : Dahsyat Mahathir, berjuang 80 tahun untuk Melayu, yang jadi billionaire keluarga sendiri.

Leave a Reply