Parti baru Syed Saddiq akan pecahkan undi Melayu, kata Mahathir
Minggu lalu, Dr Mahathir Mohamad dikritik kerana pandangannya yang menolak penubuhan parti politik orang muda yang akan ditubuhkan oleh anak didiknya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Mahathir pada ketika itu berkata dia tidak percaya parti pelbagai kaum berasaskan anak muda tidak akan berjaya.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pada hari Khamis, Mahathir menjelaskan maksud kenyataannya itu.
Baginya, rancangan Syed Saddiq itu akan memecahkan lagi sokongan pengundi, terutama dalam kalangan orang Melayu.
“Pasal (kenyataan) tak boleh berjaya, itu politik. Soal saya berhubung dengan dia, itu masih baik.
“Saya kata dengan dia, kalau kita ada banyak parti, kita lawan sama kita, nanti kita kalah. Orang lain nanti menang, jangan pecahkan undi Melayu, itu saja.
“Kalau awak ambil orang muda, orang tua tinggal sini (Pejuang) siapa nak sokong parti baru ini? Habis lah jadinya bila banyak parti,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.
Sebelum ini, Syed Saddiq yang juga bekas menteri belia dan sukan itu mengambil haluan berbeza apabila tidak mengikut jejak bekas pemimpin Bersatu lain untuk menyertai parti Pejuang.
Meskipun bekas ketua Pemuda Bersatu (Armada) itu merupakan penyokong kuat kepada Mahathir dan turut serta mengasaskan Bersatu, namun akhirnya dia mengambil haluan berbeza.
Syed Saddiq yang juga ahli parlimen Muar memberi bayangan akan menubuhkan parti baru berasaskan cita rasa anak muda bagi membawa pembaharuan kepada politik tanah air.
Mengulas lanjut, Mahathir menyifatkan orang Melayu tidak pandai berpolitik.
“Orang Melayu tak bijak dalam politik. Dia pegang kuat pada parti, lepas tu kalau dia tak dapat, dia buat satu parti (baru).
“Dia pecah undi Melayu, bila kita pecah undi Melayu, bukan Melayu menjadi penentu siapa yang akan menang,” katanya lagi. Mkini
Nota : Yang Mahathir buat parti tak pecahkan undi Melayu ke?
You must be logged in to post a comment.