Mahathir buat hal lagi, salahkan Najib kalah di Prk Slim
Mengulas mengenai kekalahan parti Pejuang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim, Mahathir berkata ia adalah disebabkan bekas perdana menteri Najib Razak.
Jelas Mahathir, Najib telah berjaya memainkan propagandanya dalam PRK Slim supaya pegundi menolak calon partinya.
“Ini kesan daripada Najib punya propaganda. Najib sudah berjaya, benda yang salah itu betul, yang betul itu salah.
“Dia boleh kata ini penipuan, dia tak buat salah, yang sebenarnya orang tipu dia. Orang Melayu dia simpati lah, kata boss dia nak masuk penjara.
“Dia boleh kata ‘bossku apa nak malu’, kalau bossku mencuri pun nak malu apa, lagi pun ada orang Melayu kata biar lah dia curi, dia bukan curi duit kita. Dia curi duit org lain,” kata Mahathir. Mkini
Nota : Kita mengharapkan agar Mahathir menumpukan fikirannya dengan baik agar dapat memberi komen yang masuk akal. Setakat slogan” salah Najib” ini dah basi dan tak relevan lagi.
You must be logged in to post a comment.