JOM LEPAK SAT…Duo Singa Laut takluk kapal layar kecil hingga nak tenggelam [ VIDEO ]
Ketika Joshua Phillips, seorang pengguna Facebook dari Washington, Amerika Syarikat menaiki kapal layar menyusuri Puget Sound, tiba-tiba dia telah terserempak dua ekor singa laut jantan bersaiz besar sedang duduk menumpang di atas kapal layar bersaiz kecil.
“Saya pernah melihat manusia berjalan kaki dan menumpang kenderaan, tetapi saya tidak pernah melihat singa laut berenang-renang dan menumpang kapal layar,” kata Joshua dalam tercengang.
Kapal layar kecil itu tidak dapat menampung berat badan mereka yang besar gedabak sehingga ia jadi mengiring ke dalam air laut, menjadikan kapal kecil itu hampir tenggelam.
Kedua-dua singa laut itu mungkin letih berenang dan ingin mencari tempat untuk berehat, lalu mereka mendapat idea menjadikan kapal layar terlalu kecil itu sebagai pilihan persinggahan, yang jelas bukan tempat istirahat bersesuaian.
Seekor singa laut jantan dewasa biasanya boleh membesar sehingga 3 meter panjang dan seberat kira-kira 1,000 kilogram. Kedua singa laut itu naik bersama yang menjadikan ia satu bebanan yang tidak dapat ditanggung oleh kapal layar kecil itu.
Setelah Joshua dan Larry Phillips memuat naik video tersebut di Facebook, netizen menjadi terpegun dan begitu kagum melihat betapa gergasinya kedua singa laut jantan itu.
Mereka yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa kapal layar kecil hampir tenggelam, yang telah tenggelam separuh menampakkan tiangnya sahaja yang kelihatan, sementara singa laut gergasi itu telah berenang ke lokasi lain dan tidak lagi kelihatan.
Pemilik kapal ini mungkin tidak pernah membayangkan kapal layarnya yang diletakkan di pinggir pantai, telah menarik perhatian dua ekor singa laut gergasi untuk menumpang berehat seketika.
Kini kapal kecil itu telah tenggelam separuh ke dalam air, dan dia mungkin bingung terpaksa membaiki kerosakannya tanpa sengaja kerana ia jelas telah dinaiki separuh air.
Sumber: Era Baru
Tonton video di bawah:
dah lama teringin nak naik kapal layar tu lagipun mereka tahu tuan punya kapal layar jenis baik hati tak kisah kapal layar kemik ke tenggelam ke
video dibawah satu family beruang ajak anak2nya bermandi-manda dalam kolam
https://www.youtube.com/watch?v=jMRmMLBaYt4