Tinggalkan Android, Huawei Mungkin Beralih Kepada Harmony OS?
Umum tahu sejak Amerika Syarikat melangsungkan perang dingin dengan China, jenama Huawei antara yang menjadi mangsa melalui sekatan kepada servis Google buat peranti keluaran Android.
Sekatan yang dibuat nampaknya telah berlarutan lebih setahun sehinggakan timbul ura-ura dimana Huawei selaku jenama pengeluar telefon pintar popular mungkin akan berhenti mengeluarkan produk terbaharu.
Menerusi ura-ura daripada Tencent News, Huawei mungkin akan terus mengeluarkan telefon pintar baharu namun tidak lagi bergantung kepada ekosistem Google. Dalam erti kata lain, Huawei bakal beralih kepada sistem operasi ciptaan mereka iaitu HongMeng atau dikenali sebagai Harmony OS untuk pasaran global.
Pembangunan sistem operasi ini difahamkan sedang dalam proses dan bakal menelan belanja sebanyak ratusan juta untuk memastikan sistem operasi ini setanding dengan Android.
Mengulas mengenai penawaran sistem operasi terbaru ini, Huawei dijangka bakal memperkenalkannya seawal tahun 2021 namun masih belum disahkan setakat ini.
Persoalannya, adakah orang ramai khususnya peminat Huawei sedia untuk tinggalkan ekosistem Google untuk beralih dan mencuba sistem operasi baharu daripada Huawei selepas ini?
Vocket