Takziah : Penyanyi & Peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne Meninggal Dunia

Share

Putrajaya: Penyanyi yang juga bintang program rancangan realiti tv Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini.

Sandra, 26, yang mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dilaporkan koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu.

Berita duka itu dikongsi penyanyi, Sufie Rashid di Instagram.


“Assalamualaikum semua, minta sedekahkan Al-Fatihah untuk Sandra yang telah meninggalkan kita.

“Selamat pulang ke rahmatullah sahabatku. You’re a good friend with a beautiful heart. Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana.. innalillahiwainnailaihirojiun,” katanya.

Terdahulu, Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menjalani latihan penuh Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).-HM


 

Leave a Reply