Zahid Md Arip pembohong terbesar politik Malaysia, kata Mahathir
Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bekas setiausaha politiknya, Senator Muhammad Zahid Md Arip sebagai pembohong terbesar dalam politik Malaysia.
Mengulas kenyataan Zahid yang mendakwa bekas perdana menteri itu sebagai individu yang tersenyum puas dengan “Langkah Sheraton” yang menyaksikan kejatuhan Pakatan Harapan (PH), katanya, bekas pembantunya itu yang mahu menukar kerajaan tetapi gagal memujuknya untuk bersama.
“Zahid ini pembohong terbesar dalam politik di Malaysia, dia dulu sokong Anwar (Ibrahim) lepas tu tolak Anwar, (kemudian) sokong saya, lepas tu tolak saya.
“Cuma untuk kepentingan diri dia, untuk itu dia sanggup bohong bermacam-macam. Ya dia cuba nak guna saya untuk kepentingan dia.
“Pasal dia ada masalah, jadi saya tak dapat tolong. saya kata kita di Malaysia ni kita ikut lunas undang-undang, tak kira orang parti kalau salah, salahlah. Tapi dia marah pasal tu, dia nak cuba tukar kerajaan supaya dia selamat,” katanya dalam satu wawancara bersama Malaysiakini, hari ini.
Pada 7 September lalu, Zahid menafikan tuduhan menjadi pencetus “Langkah Sheraton” yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH.
Bagaimanapun Zahid mengakui bersama pihak lain terbabit dalam gerakan menyekat Presiden PKR dan DAP serta mendakwa mendapat restu Mahathir yang ketika itu perdana menteri.
Zahid sebelum ini dikaitkan dengan pertuduhan rasuah yang dihadapi bekas pengerusi Felda Isa Samad berhubung pembelian sebuah hotel di Kuching.
Dia didakwa menjadi perantara antara seorang pengarah di syarikat Gagasan Abadi bernama Ikhwan Zaidel dan Mohd Isa.
Zahid sebelum ini telah ditangkap oleh SPRM pada Ogos 2017 berhubung urusan pembelian hotel itu dan telah direman selama lapan hari.
Dalam pada itu, Mahathir berkata Zahid amat seronok seronok bila kerajaan bertukar kerana berfikiran dia mungkin selamat.
“Dia kerjasama dengan Hamzah Zainuddin hendak jatuhkan PH kerana kononnya PH ini dikuasai oleh DAP, (ini) tak benar sama sekali.
“Jadii kalau dia dapat tukar kerajaan mungkin dia terselamat. Jadi untuk ini dia cuba nak pujuk saya tapi saya tak pernah ikut dia,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan kononnya beliau mahu menghalang Anwar dan DAP, Mahathir perkara itu tidak benar.
“Saya nak bagi Anwar kalah, nak bagi DAP jatuh semua tu tak benar, saya tak ada masalah dengan DAP. Anwar ada masalah dengan saya, saya tak ada masalah dengan dia (Anwar).
Katanya, dia juga tidak mempunyai masalah untuk menangani DAP. Mkini
Macam perangai atok gak… Suka berbohong untuk menjatuhkan orang lain.. Amik kau!! Terpantul kat diri sendiri .