PRN Sabah: Kejutan besar 48 jam sebelum penamaan calon

KOTA KINABALU, 22 Muharram 1442H, Khamis – Menjelang 48 jam sebelum hari penamaan calon, ada kejutan besar hari ini dengan kemungkinan Perikatan Nasional (PN) akan bertembung dengan sekutunya Barisan Nasional (BN) di tiga kerusi manakala Warisan Plus akan menggunakan tiga logo pada pilihan raya negeri (PRN) ini.

Satu lagi kejutan ialah bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman tidak tersenarai sebagai calon BN kerana tidak ‘membuat permohonan’ manakala namanya juga tidak ada dalam senarai calon PN.

Persoalannya atas tiket apakah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga itu akan bertanding kerana Musa sendiri telah menyatakan hasratnya untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Manila pada PRN kali ini.

Setakat 7 malam ini, usaha Bernama untuk menghubungi Musa bagi mendapatkan ulasan gagal.



Mengenai kemungkinan pertembungan BN dan PN di tiga kerusi iaitu Tulid, Sook dan Paginatan, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata parti itu akan cuba mengelakkan pertembungan berlaku dan masih ada masa untuk berbuat demikian.

Pemerhatian Bernama mendapati Hajiji kelihatan agak terperanjat apabila ditanya pemberita mengenai kemungkinan berlaku pertembungan tersebut semasa beliau mengumumkan 29 kerusi yang bakal ditandingi PN pada PRN Sabah, dengan Sabtu ini merupakan hari penamaan calon dan 26 Sept sebagai tarikh mengundi. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker