DUN Sabah ada 73 kerusi, parti minta sampai 120 – Annuar

Share

Berunding selagi boleh pembahagian kerusi untuk Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Saya cuba menghitung, STAR nak 18, PPBM nak 45, PBS nak 30, Pas nak 10, PBRS nak 11, MCA nak enam. Dah 120…DUN (Dewan Undangan Negeri) cuma ada 73 (kerusi).

“UMNO nak minta berapa kalau parti yang menang satu, dua kerusi pun nak berbelas-belas?” soal Setiausaha Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dalam hantaran di Twitter malam ini.


Justeru, menurutnya, komponen PN di Sabah kena berunding secara tenang dan bising-bising.

Kenyataan Annuar itu jelas menunjukkan PN masih dalam proses pembahagian kerusi dalam menghadapi PRN Sabah penghujung bulan ini.- MGazette

Leave a Reply