BSN Cawangan Taman PKNK tutup sementara kerana pekerja disahkan positif Covid-19 ?

ALOR SETAR – Satu notis penutupan sementara cawangan perbankan Islam BSN Taman PKNK yang dikeluarkan oleh BSN telah tersebar di media sosial.

Dalam notis tersebut memaklumkan penutupan sementara waktu tersebut melibatkan operasi Mesin Juruwang Automatik (ATM) dan Mesin Deposti Tunai (CDM) mesin.

Pelanggan juga dimakumkan bahawa perbankkan internet myBSN masih boleh diteruskan seperti baisa atau boleh berurusan di cawangan-cawangan yang berhampiran seperti yang dicadangankan.



Dalam notis perkenaan tidak dinyatakan sebab dan alasan penutupan tersebut walau bagaimana pun melalui mesej yang tersebar telah dimaklumkan bahawa seorang pekerja bank berkenaan (teller) telah didapati positif covid-19.

BSN sehingga kini belum lagi membuat sebarang kenyataan media bagi menjelaskan berita tersebut.

Pihak editor berharap agar BSN dapat segera mengesahkan notis yang sedang tular ini.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker