#Viral: Cuba dengarkan lagu ‘Titanic’ versi saksofon yang masih ramai tidak pernah dengar sebelum ini [ VIDEO ]

Sebut sahaja tentang Titanic pasti ramai yang boleh membayangkan sebuah kapal persiaran mewah dan besar yang pernah berlayar suatu ketika dahulu.

Tidak hanya itu, ramai juga yang masih ingat akan babak-babak penting dalam filem yang diadaptasi daripada kejadian karamnya kapal mewah itu.

Apa yang menariknya tentang filem itu bukan sahaja babak-babak mendebarkan, atau mungkin kehebatan lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet namun lagu yang menjadi tema kepada filem ini juga sangat bermakna dan sehingga kini masih menjadi kegemaran ramai.

Dengar sahaja lagu My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion sudah boleh buatkan banyak hati yang tersentuh.

溫存濬/Facebook

Sehingga kini terlalu banyak versi lagu ini keluar di internet. Ada yang bermain piano, ada yang memainkan lagu ini dengan biola dan kedengarannya memang sangat mengasyikkan.

Namun kali ini seorang lelaki muncul dengan versinya sendiri iaitu dengan menggunakan saksofon.

溫存濬/Facebook

溫存濬/Facebook

Lihat gayanya memang sangat meyakinkan. Sebaik sahaja lagu itu mula dimainkan dia dengan yakin dan bangga terus menunjukkan saksofon pada tangannya seolah-olah mahu memberitahu semua dia sudah bersedia untuk meniup alat muzik tersebut.

Selepas lagu dimainkan dia mula meniup saksofon dan terhasilnya sebuah bunyi yang tidak disangka-sangka. Mahu tahu apa hasilnya?

Sumber: EraBaru

Jom, luangkan sedikit masa untuk ‘menghayati’ lagu Titanic versi saksofon kali ini! 🙂

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/09/Titanic-Versi-Saksofon.mp4[/KGVID]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker