Selesai majlis sebelah perempuan, Mak Mira Filzah berkata ini buat anak tersayang, memang ‘deep’
Dijemput untuk membuat persembahan di hari bahagia Mira Filzah dan Wan Emir Astar, penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa sebak ketika membawakan lagu Seribu Tahun nyanyian asal Imran Ajmain di majlis resepsi pasangan itu.
Naim berkata dia merasa sebak ketika melihat momen dimana Wan Emir menggenggam erat tangan Mira pada majlis resepsi belah lelaki yang diadakan semalam di A Park, Puchong.
“Tiba-tiba teremosi pula perform SERIBU TAHUN hari ini, tambahan pula masa lirik “jangan putus harapan sedia setia”. Masa tu saya nampak Wan Emir genggam tangan Mira Filzah kuat-kuat,” tulisnya.
Dalam pada itu, Naim turut mendoakan yang terbaik untuk pasangan tersebut serta berharap jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga.
Naim juga turut menzahirkan terima kasih kepada Mira dan Emir kerana meletakkan kepercayaan kepadanya dan sudi menjemputnya untuk membuat persembahan di hari bahagia mereka.
Berikut pula ucapan dan ayat dari mak Mira Filzah kepada semu anak-anak. Memang cantik dan mendalam
“Alhamdulillah syukur kepada Allah, segala puji bg Allah, tuhan yang mentadbir sekelian alam. Yg maha pemurah lagi maha pengasih. Dgn izin dan rahmatNYA telah melengkapkan keluarga kami. Dari 3 anak perempuan ENGKAU telah mengurniakan kami 3 anak lelaki serta diserikan dgn kehadiran seorang cucu.
Terima kasih Ya Allah , kurniaanMU amat besar kpd hambamu yg kerdil ini. Moga ENGKAU terus melindungi kami, membimbing kami dan menunjukkan jalan yg lurus kepada kami.
Kpd anak2 mak @ainfarhanah16_ @mfmirafilzah @ainafadhilah serta anak2 lelaki mak @izzathamdan12 @wanemirastar @mhmdafxf … mak abah syg kalian… jaga agama, jaga diri dan jaga keluarga …mak doakan semua anak2 mak bahagia dunia dan akhirat. Pesanan mak * bahagia bukan memiliki segalanya, tp kebahagiaan sebenar apabila KITA MENCINTAI APA YG KITA MILIKI DAN layari bahtera rumahtangga dengan sederhana kerana RUMAHTANGGA YG SEMPURNA ADALAH RUMAHTANGGA YANG TIDAK MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN”
You must be logged in to post a comment.