Covid-19 : 62 kes baru hari ini
STATUS TERKINI BAGI KLUSTER BENTENG LD, SABAH
Pada 7 September 2020, sebanyak 50 kes dikesan positif COVID-19 dari kluster ini. Kluster ini telah dikenal pasti pada 1 September 2020. Ia bermula dari dua (2) orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos 2020.
Mereka disaring dan didapati positif COVID-19 pada 31 Ogos 2020. Kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat dijalankan.
Dalam tempoh tujuh (7) hari, seramai 1,404 orang telah disaring dan 66 kes positif COVID-19 dikesan dengan kadar positiviti sebanyak 4.7%.
Daripada 66 kes positif COVID-19 dalam kluster ini, sebanyak 64 kes melibatkan banduan (97.0 peratus) manakala dua (2) lagi kes (3.0 peratus) merupakan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya.
Jumlah saringan yang telah dilaksanakan bagi kluster ini melibatkan:
• 631 orang banduan;
• 98 orang kakitangan penjara;
• 157 orang ahli keluarga kakitangan dan banduan;
• 78 anggota polis; dan
• 440 orang pegawai agensi kerajaan yang lain.
Kluster ini melibatkan dua (2) daerah di Sabah. Daripada jumlah kes positif COVID-19 kluster ini, 30 kes (45.5 peratus) merupakan warganegara Malaysia dan 36 kes (54.5 peratus) bukan warganegara. Pecahan saringan mengikut daerah yang terbabit adalah seperti berikut:
i. Lahad Datu (420 orang disaring):
• 50 kes dikesan positif COVID-19 (22 warganegara, 28 bukan warganegara);
• 337 individu negatif; dan
• 33 individu masih menunggu keputusan.
ii. Tawau (984 orang disaring):
• 16 kes dikesan positif COVID-19 (8 warganegara, 8 bukan warganegara);
• 230 individu negatif; dan
• 738 individu masih menunggu keputusan.
Berdasarkan analisa risiko yang dijalankan, faktor penularan COVID-19 bagi kluster ini adalah ruang lokap yang sesak dan sempit. Didapati penjarakan fizikal tidak diamalkan.
Ini merupakan penyumbang utama penularan jangkitan COVID-19 di kalangan banduan. Justeru, kepatuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah penting dan harus diamalkan sepanjang masa tanpa mengira tempat.
STATUS TERKINI BAGI KLUSTER SUNGAI
KKM ingin memaklumkan bahawa satu (1) kluster baharu telah dikenal pasti di sebuah pusat perubatan di Kedah.
Kes indeks (Kes ke-9455) kluster ini merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut. Beliau bergejala sejak 30 Ogos 2020 tetapi tidak mendapatkan rawatan.
Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif.
Kes kedua kluster ini (Kes ke-9456) merupakan anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah.
Beliau juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks. Beliau bergejala sejak 5 September 2020 dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang sama.
Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif. Kedua-dua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan diberi rawatan.
Susulan itu, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Sehingga 7 September 2020, seramai 57 orang telah disaring.
Daripada jumlah ini:
• Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
• 55 individu masih menunggu keputusan.
You must be logged in to post a comment.