PN giat cetak bahan kempen, petanda PRU-15 semakin hampir

Share

Petanda Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin hampir boleh dirasai bukan hanya penyertaan Pati Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional (MN) bahkan proses pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai satu gagasan politik baharu juga salah satu indikatornya.

Jika Ogos lalu, tular di media sosial mengenai logo dan imej PN namun kini tular pula beberapa gambar menunjukkan logo baharu parti kerajaan itu mula dicetak sebagai bahan kempen dalam PRU-15.

Bukan setakat satu tapi tiga bentuk bahan kempen menggunakan nama dan logo PN sudah mula dicetak di poster, baju t-shirt dan lencana butang yang mula tular di media sosial sejak malam semalam.


Wajah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpampang dalam poster kempen yang dicetak dengan latar belakang biru tua – sama seperti warna rasmi Barisan Nasional (BN) yang diletak di atas palet kayu dan sedia untuk dibuat penghantaran.

Selain itu, turut dicetak ialah baju t-shirt dan lencana butang berwarna biru persis baju kempen BN tertera tulisan ‘Undilah Perikatan Nasional’ #kitajagakita.

Bagaimanapun setakat ini, tiada pengesahan atau penafian dibuat oleh pihak mewakili PN.- MalaysiaGazette


Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!