Notis saman trafik benar

Orang ramai terima notis digesa buat semakan saman

 

KUALA LUMPUR, 16 Muharram 1442H, Jumaat – Bukit Aman mengesahkan imej tular mengenai surat peringatan notis saman trafik adalah sahih dan dikeluarkan kepada mereka yang mempunyai saman tertunggak.

Justeru, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias menggesa orang ramai yang menerima notis itu membuat semakan saman di kaunter saman trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara.

Katanya, semakan juga boleh dibuat melalui beberapa saluran semakan yang dinyatakan dalam surat peringatan itu.

“Pembayaran saman pula boleh dibuat melalui kaunter saman trafik di IPD, Pejabat Pos Malaysia Berhad dan mesin juruwang automatik (ATM) Malayan Banking Berhad (Maybank).

“Sekiranya berurusan di kaunter, orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Satu gambar memaparkan maklumat notis saman dikeluarkan JSPT tular di media sosial dan dikatakan palsu. -Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker