Makkal Sakhti : Mahathir patut banyak bermuhasabah
Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya lebih banyak bermuasabah diri dan menilai kesan daripada kenyataan yang dikeluarkannya.
Presiden Makkal Sakhti, Datuk RS Thanenthiran yang menghormati pemimpin negara itu bagaimanapun hairan Dr. Mahathir masih lagi bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri lagi jika berpeluang.
“Malah beliau juga seolah-olah seperti hendak menaikkan anaknya, Datuk Seri Muhriz Mahathir sebagai pemimpin nombor satu jika boleh dan itu adalah fakta bukan sesuatu yang di reka oleh saya.
“Baru-baru ini Tun M sendiri ada memberitahu adalah tidak adil untuk menghalang anaknya daripada berkecimpung dalam politik hanya kerana beliau adalah bapanya. Tapi jika senario ini kena pula dengan pemimpin, habis dikecam oleh Tun.
Dia juga menyalahkan Ahli Parlimen berikutan kewujudan Perikatan Perikatan Nasional (PN).
“Ada juga dalam beberapa insiden, beliau salahkan Najib serta pimpinan PN lain selain membuat pusingan ‘U’ dengan mengatakan beliau tidak letak jawatan sebaliknya konspirasi sehingga tumbangnya PH.
“Sekejap salahkan PKR kemudian salahkan DAP kemudian salahkan UMNO, kemudian kata sayang UMNO. Syed Saddiq yang menjadi kesayangan itu juga bertindak menubuhkan parti baharu anak muda dan tidak sokong Tun M, itu juga kena balun.
Thanenthiran berkata, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim, Dr. Mahathir menggunakan peluang itu untuk terus bercakap seperti sehingga lupa diri.
“Tahukah anda, rata-rata penduduk Slim sendiri sudah muak dan tidak termakan lagi dengan tipu helahnya lagi. Langsung tidak mahu terima calon beliau mahupun retoriknya lagi.
“Tapi apa yang jadi kemudiannya, seperti yang kita sangka, Tun M akan salahkan orang lain. Memang betul kerana beliau kemudian keluar dengan teori kononnya pengundi sudah dibayar dengan jumlah begitu sedikit bagi memberi undi kepada calon BN,” katanya sambil menambah adalah beliau jika dituduh sedemikian.
Thanenthiran mendakwa, sepanjang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali,Dr. Mahathir masih tidak berubah dengan terus mencetuskan kebencian serta perpecahan bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Melayu tetapi juga kaum lain. –MalaysiaGazette
Bila diri dah berbau tanah kubur tapi masih nak tongkat langit .. Cakapnya serupa nyanyok!!