Covid-19 : 6 kes baru hari ini

Enam kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 21 pesakit sembuh hari ini.

Jumlah kematian kekal 128 orang kerana tiada kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 5 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 3 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 9,391 kes Covid-19 dengan 9,113 daripadanya sembuh.

150 pesakit Covid-19 masih dirawat di hospital di seluruh negara.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, daripada 6 kes baru yang dilaporkan, 4 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 2 warganegara Malaysia dan 2 bukan warganegara. FMT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker