“Janji Hati I Bersih Ikhlas Dan BF I Kaya…” – Atikah Suhaime
Tidak dinafikan kebanyakan wanita sememangnya cukup sensitif apabila membicarakan tentang tubuh, apatah lagi apabila membabitkan berat dan perubahan bentuk badan.
Itulah yang dilalui oleh pelakon Atikah Suhaime apabila ada segelentir menyatakan bahawa badannya kini semakin berisi, malah ada yang menyangka dia sedang mengandung.
“Tiber pagi ni i emo. I ada perasaan. Perempuan kalau orang cakap gemok mesti rasa down. Yah I buncit gemok. Nantilah I workout.
“Yelah I buncit. Sorry followers I buncit. Takpalah I gemok dan buncit. Janji hati I bersih ikhlas dan bf I kaya. Alhamdulillah syukurlah,” luahnya menerusi Insta Story.
Ketika ini, pelakon kelahiran Singapura itu sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Lokman Teh. – KopiPlanet.com
You must be logged in to post a comment.